Tuesday, October 13, 2009

Ainul Mardhiah Batrisyia

Ainul Mardhiah Batrisyia :) cahaya hatiku

Aku masih ingat lagi detik-detik semasa mencari nama yang sesuai untuk anakku.... pelbagai nama dengan pelbagai erti dicadangkan....aku sendiri pun mencari lebih dari 20 nama untuk digabungkan......memang banyak gila......... disebabkan doktor kata anak yang dikandung ketika itu adalah perempuan........ maka sambil mencari nama yang dirasakan sesuai.aku pun berangan-angan pakaian bayi perempuan yang cantik-cantik ,comel, dan kiut untuk anakku.
Akhirnya aku memutuskan nama untuk anakku ialah NUR AINA AFRINA Yang bermaksud cahaya mata yang cantik,putih kemerah-merahan ............. Tup-tup...... Last minit aku kena cari nama yang lain sebab anak jiran mak aku dah gunakan nama AFRINA untuk cucunya yang baru ajer dilahirkan waktu tu........Bukan rezeki aku nak guna nama tu untuk anak aku...... agaknya....

Akhirnya suamiku putuskan nak letak nama Ainul Mardhiah sempena nama tokoh srikandi islam ..... bermaksud YANG DIREDHAI DAN YANG DISAYANGI.....pastu adikku Adila mahu penambahan nama Batrisyia untuk anakku yang membawa maksud yang bijaksana/cerdik pandai. Jadi walidnya pun daftarkan nama anak kami:-

Ainul Mardhiah Batrisyia Binti Mohd Rosmadi
Memang benar "Kesabaran adalah yang paling utama" dalam mengharungi pelbagai dugaan.Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
Kadangkala apabila kita meminta kepada Allah setangkai bunga segar,diberikan kaktus berduri.....kita minta kupu-kupu,diberikan ulat yang berbulu. kita berasa sedih,kecewa,hampa...... Namun apabila kaktus itu berbunga indah,dan ulat menjadi kupu-kupu yang cantik.......... ia memberikan kepuasan yang tidak terhingga pada kita. Itulah jalan Allah SWT.INDAH PADA MASANYA. Allah SWT tidak memberi apa yang kita harapkan,tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
POHONLAH HANYA KEPADANYA.....PERCAYALAH AKAN JANJI ALLAH SWT KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.....
AMIN

Monday, October 12, 2009

KEHADIRAN CAHAYAMATA

ALHAMDULILLAH...................BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT.
Akhirnya selepas sekian lama........... detik inilah yang aku nanti-nantikan ........ kehadiran cahayamata dalam kehidupan kami menjadikan segala-galanya sempurna kepada aku yang kini bukan sahaja begelar isteri kepada seseorang tapi ibu kepada seseorang.Alangkah bahagianya aku kini..............lebih-lebih lagi suamiku yang sangat dicintai.Kehadiran anak merupakan satu hadiah yang tidak ternilai baginya.Aku sangat bahagia kerana dapat membahagiakan suamiku.... Aku bahagia,gembira dan bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat bersabar dan sanggup menunggu selama lebih dari 6 tahun untuk mengecapi kebahagiaan ini bersama-sama. TERIMA KASIH SUAMIKU.

Thursday, February 19, 2009

PANTASNYA MASA BERLALU






CEPAT SUNGGUH MASA BERLALU....KINI USIAKU TELAH PUN MENJANGKAU 31 TAHUN ..... BEERTI SUDAH HAMPIR 6 TAHUN AKU DAN SUAMI YANG TERCINTA HIDUP BERSAMA DALAM MENGHARUNGI SUKA DAN DUKA.






30 MEI 2003.....ADALAH HARI BAHAGIA BUAT KITA BERDUA..... SAAT KITA DIJABKABULKAN,AKU BERDOA AGAR HUBUNGAN KITA INI AKAN BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT ......TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADIKAN AKU SURI HIDUPMU.






DIARI HATIKU

Kedamaian dan ketenangan hidup adalah harapan setiap insan.Kemesraan dan persefahaman antara suami dan isteri membuahkan kerinduan yang mendalam.Untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga,hindarilah sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam jiwa yang menghakis kemesraan.